Saturday, January 14, 2012

Persoalan Punca, Jenis dan Hiperbola.

Diana, seorang pakar matematik.
Masalah cinta: Personaliti yang tidak menarik dan dalam dunia urban modenisasi macam sekarang ni, subjek ilmiah bukan la satu topik yang hip untuk dibualkan ketika bersembang. Oleh itu, manusia geek macam Diana memang tak dapat tempat dalam masyarakat. Terutama lelaki macam Raja Farzan yang Diana tergila-gila dan stalk hari-hari dekat Facebook.

Raja Farzan, anak orang kaya dari Wangsa Melawati.
Masalah cinta: Yang kaya bapak dia, bukan dia. Tapi kemewahan yang melimpah ruah macam gunung berapi yang meledak mencipta kepulan awan debu berbentuk cendawan, takkan tak masuk poket si Farzan ni yedak? Setakat awek-awek club yang mulus-mulus memang tak jadi masalah untuk Farzan angkut. Cumanya bila dah makin kaya, makin dekat atas, selera mesti makin tinggi. Sekarang Farzan tengah sibuk terkejar-kejar dekat seorang penyanyi pop yang tak berapa nak popular. cumanya belakangan ni heboh dengan gossip "Sally, pelacur atasan?" dekat akhbar-akhbar tabloid nasional.

Sally, seorang bintang pop yang tak berapa nak popular tetapi bakal meningkat naik dek artikel dalam majalah Kerabu Mangga yang berjudul "Sally, pelacur atasan?"
Masalah cinta: Mungkin Sally dah capai apa dia nak, ada duit nak beli barang-barang berjenama. duduk dekat kondominium mewah yang bukan milik dia. dan attitud nekad dia yang sanggup buat apa saja untuk duit membuatkan dia semakin sukses. namun dalam kesibukan yang dia kejar, yang penuh dilimpahi dengan seks-seks bebas, luar tabiee, BDSM dan sebagainya yang tak sanggup saya nak sertakan didalam rencana ini, cinta lama dia dengan kekasih punk rocker dia bernama Zubir masih segar dalam ingatan. yang kadangkala membuatkan dia rasa menyesal.

Zubir, punk rocker yang kesunyian.
Masalah cinta: Hidup sebagai seorang anak jalanan yang berpegang dengan prinsip dan doktrina yang dia sendiri tak tau asal usul kadang kala boleh jadi memeritkan, nak nak lagi bila tiada siapa yang bersama memperjuangkannya. arak, jeritan, beat laju dari hentakan pantas musik-musik liar yang keras dan bertenaga kadang-kadang boleh jadi melodi epik yang panjang dan menyayat hati. Zubir mungkin sesat dalam perjalanan memperjuangkan sesuatu yang dia sendiri tak tau apa, tapi perjuangan itu ada cumanya untuk apa? Sarah, serorang pelajar jurusan seni dekat Sunway College datang dalam kecamuk prinsip dan realiti yang sedang ganas melanda pemikiran Zubir.

Sarah, seorang kaki crack dan penuntut jurusan seni dekat Sunway College.
Masalah cinta: Subtan, dilarut masuk dalam darah mencipta satu ukiran dan karya bayangan agung yang takkan pernah tercapai oleh akal pemikiran normal. tangannya lembut mengukir dot-dot rambang dalam fiktus imaginasinya yang berfungsi pada dos yang tinggi pada kanvas putih di dalam biliknya. hidupnya selalu ada warna pastel, hidupnya selalu ada bayangan-bayangan seram yang lucu menemani setiap saat hidupnya yang berantakan. mungkin sedikit dos khayalan dapat mengangkat dia dari kerisauan dunia? nak nak lagi bila ayahnya Dato' Sahat sibuk nak menjodohkan dia dengan Jack, seorang pemilik syarikat konsesi tanah yang terkemuka dekat Malaysia.

Jack, seorang pemilik syarikat konsesi tanah yang terkemuka dekat Malaysia .
Masalah cinta: Jack ialah seorang gay. dari gaya penampilannya, cara hidup, pergaulan, semua serba-serbi legkap menunjukkan dia seorang yang songsang. mungking bagasi cerita yang dia bawak, iaitu masa kecilnya dia diliwat di asrama menjadi sebab dia menjadi dia yang sekarang. salahkan dunia, salahkan sesiapa yang boleh disalahnya, hakikatnya hasil dari pada kesalah yang bukan salah kita tetapi orang lain adalah kita. kenikmatan dari prostat yang boleh menjana kenikmatan luar biasa yang dah sedia ada dalam tubuh membuatkan Jack semakin tak jumpa jalan keluar. Yang dia tergila-gilakan sangat sekarang ini ialah, Farzan. Farzan yang masih kecewa dengan cinta tak berbalas dari Sally.

Datuk Sahat, bekas KSU Kementerian Pelajaran.
Masalah Cinta: Fleksibiliti silibus, aduan buli, ppsmi, dan macam mana nak mencipta formula rakyat + sekolah = kerajaan menang? mungkin dah beri impak yang kuat terhadap otak Datuk Sahat. betapa pelajar dan pembalajaran rakyat seharusnya sejajar dengan doktrin kerjaan yang memerintah antara konspirasi yang Datuk Sahat rangka bertahun lamanya bersama-sama dengan dekan-dekan universiti tempatan dan para ilmuan negara "kononnya" dalam menyekat perkembangan otak dan kreativiti rakyat dalam negara. alasannya, untuk elak kacau bilau. kacau bilau yang hanya wujud pada orang yang tak berfikir dan lurus hasil dari ciptaan cerita benar yang didonger dan diamuk-amukkan oleh kerajaan sendiri. Datuk Sahat dah berkahwin dengan Datin Rosnah, perkahwinannya hambar kerana datin Rosnah ni semacam seorang yang berahsia. tapi penceraian bukanlah satu pilihan kerana syarikat yang Datuk Sahat uruskan sekarang ini adalah milik istrinya. tapi itu tak menghalang dirinya daripada menjalinkan hubungan sulit dengan Diana, seorang pakar matematik yang dia jumpa masa Olimpiat Matematik Nasional, anjuran kementeriannya.

Datin Rosnah, suri rumah sepenuh masa dari Kelantan yang mempunyai seribu satu rahsia.
Masalah cinta: Semua orang punya rahsia, yang kadangkala jadi macam satu sumpahan yang terus-menerus menghantui diri kita. rahsia yang macam, " eh kau tau tak dia suka siapa? dia suka aku tau" tu bukan rahsia yang rahsia sgt la kan. rahsia yang macam sebenarnya, kau ada kemaluan bekas suami kau yang kau benci dalam peti ais ke atau rahsia yang macam kau sebenarnya ada hubungan sulit dengan perdana menteri ke baru la dikatakan rahsia yang rahsia. dalam kes Datin Rosnah, kita akui semua orang pernah muda, nak nak lagi dia dari Kelantan (er apa kaitan?). jadi dia sebenarnya mempunyai seorang anak luar nikah yang dia dapat tau kini menetap di KL dan seorang punk rocker yang dah tak ada hala tuju dekat jalanan. dan bapa kepada anak luar nikahnya itu, yang bernama Fauzi, kerap kali menghantar surat ugutan untuk mededahkan rahsia yang tersimpann atas pundak Datin Rosnah selama ini jika dia tidak memberi sejumlah wang pada setiap bulan.

Fauzi, lelaki kelas tengah yang kurang upaya.
Masalah cinta: mungkin dulu hidupnya senang, memeras ugut, menyamun, pau dan segala aktiviti samseng dia operasikan. siapa yang tak kenal Fauzi Tiger anak kepada Man Matahari yang dulu gangster besar dekat area jinjang. segala operasi kongsi gelap bernaung bawah ayah Fauzi ni. Man Matahari dibunuh oleh Epi Orang Kaya Kelantan oleh sebab perebutan kawasan jagaan dan sejarah lagenda ini diceritakan dari zaman ke zaman sebagai "mitos mesti tau" sejarah tertubuhnya majlis kongsi gelap dekat kawasan itu. ceritanya Man Matahari terbelah dua kena kerat dengan pedang orang kaya Epi, tetapi kedua-kedua badan yang dikerat itu bangkit melawan kembali. sebegitu ajain cerita yang diceritakan dan itulah kepercayaan yang dipegang oleh kesemua ahli kongsi Man Matahari. Fauzi membalas dendam dan menggoda Datin Rosnah anak Epi orang Kaya Kelantan atas dasar dendam. kemudian Fauzi membawa diri kerana motifnya telah diketahui oleh kuncu-kuncu Epi dan dia melarikan diri ke Sintok, Kedah dan akhirnya berjumpa Khairiah.

Khairiah. se...er se(penjodoh bilangan) hantu.
Masalah cinta: mungkin detik Khairiah jumpa sekujur tubuh yang dah kehilangan kedua belah kakinya dekat tepi jalan, Sintok, Kedah adalah detik paling signifikan dalam hidupnya. dia jumpa sekujur tubuh itu dan dia bawa balik rumah, rawat dan bela dengan penuh kasih sayang. sedikit pertanyaan tentang kenapa, atau bagasi cerita tentang Fauzi, aka badan yang dia jumpai itu tidak dipersoalkan. maklumlah, semua orangkan lihat orang kampung sebagai seorang yang suci, murni, berbudi bahasa. kalau nak buat menantu, cari la gadis-gadis kampung, sopan santun tak melawan suami katanya. sama macam cerita Ombak Rindu, mintak kawin tapi tak nak mintak hak? pff bullshit. ok berbalik kepada Khairiah, Khairiah punya adik kembar yang seiras dengan wajahnya yang bernama Sally. orang kampungkan, mana tengok tivi, terus dalam seumur hidupnya mencari kembarnya itu di merata tempat atau dalam kata lain sekitar Sintok itu sendiri. dan dia akhirnya terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya dekat kilometer 11, berhampiran dengan pekan Sintok kerana dilanggar lori babi ketika mencari Sally pada waktu senja.

Dan situasi selepas semua ini akan menjadi semakin kompleks. kesemuanya terpecah kepada nikmat dan malapetaka. terpulang kepada pembaca untuk mengklasifikasikannya sebagai apa.

Diana dan Datuk Sahat dicekup oleh JAIS ketika sedang asyik bersenggama di hotel bajet berhampiran pekan Kuchai Lama. Dalam serbuan Datuk Sahat cuba melarikan diri melalui tingkap hotel lalu gagal. Diana telah dibuang sekolah dan Datuk Sahat terpaksa menikahinya dan beberapa jam selepas itu menfailkan perceraian terhadapnya juga. atas alasan bisnes perhubungan Datuk Sahat dan Datin Rosmah tak sanggup digadaikan. Mungkin kerana Datuk Sahat memang dah dilatih dari dulu dalam jabatan kerajaan untuk mementingkan periuk nasi sendiri. Diana hasil silibus pembelajaran yang dicipta Datuk Sahat terus diam terkaku tak melawan kerana dah dimomok-momok oleh Datuk Sahat akan bahana jika melawan kerajaan. er maksuk saya melawan Datuk Sahat.

Sikap yang berahsia Datin Rosmah ada limitasinya, orang yang selalu diam jangan disangka tak mampu meledak dan mengakibatka kerosakan yang serius atas muka bumi ini. berita dua hari lepas, dekat Sintok, seorang lelaki kurang upaya telah dibunuh dengan kejam menggunakan pistol revolver dan ditembak dalam jarak dekat tepat dikepalanya. motif kejadian masih dalam siasatan. angkara siapa?

Prinsip dan doktrin apabila bergabung dengan efek nikotina akan menghasilkan mutanisasi pemikiran yang sukar kita jangka dan analisa corak perkembangannya. Zubir dan Sarah ditemui mati di sebuah bilik hotel dekat ibu negara malam semalam dan punca kematian adalah overdos. bersama mereka tertera lirik lagu yang berunsur patriotisma dan lukisan-lukisan abstrak yang tak punya maksud. Raja Farzan putus asa mengejar cinta tak pastinya dengan Sally dan Jack muncul dalam rangka hidupnya. mereka berdua telah berkahwin di Canada dan meneruskan kehidupan utopia dan bertamadun disana bebas dari ancaman homofobik yang kuat agama. impian mereka tercapai.

sally, telah bertaubat apabila mendapat tahu berita kematian kembarnya bernama Khairiah tersebar luar di sesawang internet dan para blogger-blogger bertauliah mencemuh hebat Sally dengan kata-kata kesat macam "Sally Suei". "Sally Pepek", dan sebagainya. kematian zubir juga meninggalkan kesan yang kuat buat Sally. Sally berasa kesunyian dan putus harap. akhirnya dia mengambil nyawanya sendiri dengan menelan sebotol ubat anti-depresi. Sally tidak sempat di-nyahtoksinifikasikan lalu meninggal dunia di hospital.

Dan begitulah,

kesudahan untuk banyak cerita adalah timbul dalam bentuk persoalan. Isunya mungkin boleh jadi punca, permasalahan jenis atau perbandingan yang melampau.

Yang ada untuk kita tafsir dan telaah adalah prinsip, dan sebagai mana prinsip itu diolah adalah bergantung kepada metodologi seseorang mencerna apa yang dia lihat, baca dan fikir yang kemudiannya disentesiskan dalam betuk kesimpulan.

dengan berakhirnya sesuatu cerita yang kita tak tahu dari mana ianya mula terbit, dengan berakhirnya cerita dari mana yang kita tahu ianya pernah wujud, ianya akan jadi satu lagi siri cerita-cerita yang bakal dilupakan tak lama lagi.

dan ianya akan terus berulang
dan berulang sampai habis usia dunia.





14 Febuari 2012, Pantai Remis,

Rencana ditulis oleh,
Zul Khuzairi Karman, Kolumnis Majalah Paradoks.

2 comments:

EG said...

Argh, rumit2. Kah3

Anonymous said...

Dh rasa diri Zubir la? Dia siapa? Sally? Ok gak. Rasa gak kaya an hahahah keris here btw