Friday, April 23, 2010

Fenomenal

tepat jam 3 pagi telefon aku berbunyi. babak mimpi aku sedang makan airkrim bluberi dgn perempuan bernama..(demit! aku lupa tanya nama lagi) dekat tepi tasik terus tergendala. meninggalkan otak aku bingit pasca tidur semacam distorsi televisen tak berfrekuensi.

Helena nama yg muncul dekat kotak masuk panggilan aku.

ah celaka perempuan ni. kalau la dia call aku mlm2 mcm ni setakat nk ckp yg Mimi ada kemungkinan mengandung anak Bulldog jiran sebelah atau nk komplen pasal komen pedas Nigel dekat balak2 tak berpenis SYTYCD td mmg aku bunuh dia!

lalu, aku angkat fon dan buat suara menguap. dia mula jerit2. aku tanya kenapa ni? dia jerit lagi. aku ckp lepak lepak. kenapa ni? dia terus jerit lagi dan lagi. aku diamkn je. aku dengar je apa dia nk bebel seterusnya.

you kne datang rumah i sekarang jugak! erk apa? aku ckp. ah tak kira, i nk u dtg sekarang jgak kalau tak i amik kucing nama Mimi yg u hadiahkan dekat i masa krismas tahun lepas, i gunting ekor dia. eh jgn la mcm tu. jgn la. aku ckp. u kne dtggggg jgak! kalau tak i pergi rumah jiran sebelah hantar Mimi dekat anjing Bulldog biar dia kna.. tuuut talian terputus.

aku sengaja putuskan sbb aku tau lagi aku layan, lagi byk ugutan pembunuhan dan penyiksaan eksotik yg akan dia lakukan dekat Mimi, kucing yg aku hadiahkan dekat dia masa krismas tahun lpas. dah mmg selalu mcm tu. sial kn?

nak taknak, aku sarung jeans lusuh aku dgn satu baju pagoda. terus amik kunci kereta dan turun dgn perasaan paling malas menuju ke parkir kereta. aku bukak pintu start kereta dan tiun kan radio dgn lagu Nothing Everlast oleh Gerhana Ska Cinta. "skali- skale" buat aku rasa terbang dgn beat kalipso dan root ska mcm The Skatalites.

ah shit! indikator dekat meter kereta mula menunjukkan minyak dah sampai takat kritikal. tp, pg mati. org ckp kalau bercinta, cinta itulah akan jd satu lapisan pelindung bila kita menyeberangi lautan bara. org ckp lagi, cinta itu semacam kuda pegasus yg akan menjadi penyelamat buat kita bila sekalian raksasa mitos berdemonstran untuk menghapuskan etnik manusia.

tapi, tu semua org yg cakap. nk tau aku ckp apa? pundek lu org la! korg bawak cinta korg tu pergi stesen minyak, tgk berapa liter minyak korg bole tapau? takpun korg pg kentaki, lpas tu korg oder satu popkon chicken large, dgn cheexy wejes beserta pepsi sebotol. lepas tu bila mamat kaunter tu mintak diperjelaskan bayaran meal korg tu korg ckp, "nah cik, saya bayar dgn CINTA. sbb cinta saya terlalu beharga dan seluas infinitnya semesta!". nescaya wa ckp lu, kalau tak kna tapak muka lu mesti lu dijadikan alat rogol Hamsyi. seorang pekerja Bangladesh dekat kentaki Maluri. either.

tapi tak kisah la tu, sbb aku mmg tgh otw nk pg apartmen dia dekat Cheras.
cumanya, org ckp la kn, kalau dah tak ikhlas tu mmg macam2 bnda jadi. kereta aku kemudiannya kehabisan bahan bakar lalu berdeselerasi dan berhenti di bahu jalan. tp tu org ckp, aku ckp lak, ni semua salah Helena pundek seorang awek cerewet yg aku kenal melalui ON CINTA ke 32880 dekat tv3 masa aku tgh tgk latenite movie. ah. setan ini Helena.

aku dah mula mencarut, merusuh dan merancang untuk membunuhnya menggunakan ubat nyamuk bila aku sampai ke apartmentnya nnt. tiba2 dalam berontak anarkis jiwa aku, ada seorang mamat entah dari mana atau alam mana dtg menegur aku.

aku dah panik. dia tanya aku, dude, lu apa problem? aku dah pelik. hantu ke jin pandai panggil org dude? mmg cool. erk. takde minyak la bro. tu injen ada sangkut skit. aku ckp. la asal tak ckp? ok kjap aku tolong kau. dia ckp. lalu dia membuat beberapa simbol tangan dan membaca mantra sakti. kemudian dia hembus kuat2 ke arah kereta aku.

sudah. katanya. apa yg sudah? aku kata. sudah la. katanya lagi. apa yg SUDAHNYA? aku kata. lu punya kereta sudah boleh gerak. gua dah isi full tank. dia kata. eh kau boleh bla la. kau igt aku bodoh ke apa? aku kata.

tiba2 kereta aku hidup sendiri. aku pandang dia, dan dia buat muka hensem. ah menyampah aku pandang. dan aku terus masuk ke dalam kereta dan tgk indikator minyak aku tertulis infinit. gua ada bekalan minyak yg infinit? gila kentang. aku pandang dia, dia pandang aku. lalu aku tanya dekat dia,

dude, lu nama apa? manusia ke spesis2 paranormal? aku bukan manusia, dia kata. abis tu lu apa? aku kata. akulah CINTA. dia kata. oh. kau CINTA mmg saviour la. aku kata. dia hanya senyum lalu terkondensasi merintik menjadi embun malam. aku terus pecut dgn kelajuan supersonik sampai ke apartmen Helena. aku ketuk pintu perlahan dan masuk dgn tenang.

aku tgk tak ada apa pun jadi. Helena masih Helena dan Mimi elok tidur bergulung di atas lantai bersama patung katak yg terjatuh di atas lantai. tak ada katostrofik magnetis yg meragut elektrisiti dunia atau rice cooker yg merusuh mahu menjadi seorang dokter bertauliah. tak ada pun.

yang ada ialah Helena, yang masih beromel tak henti2 tentang kemungkinan Mimi menjalinkan hubungan sulit dgn Bulldog jiran sebelah rumah dan betapa menyampahnyya dia dgn Nigel SYTYCD (kan aku dah ckp, bukan ada apa penting pun). tapi aku hanya senyum sambil peluk dia erat2 atas sofa menghadap matahari kuala lumpur yg bakal terbit. tak kisah la apa pun. aku cuma mahu saat itu hanya ada aku dgn dia. (ish.yela2 dgn Mimi sekali).


cuma aku dgn dia (juga Mimi). dan aku harap hari esok, adalah lebih bahagia.

17 comments:

Anonymous said...

nice!! cant w8 fr da next one.

hidayah . noriko . pelangi said...

sopan sikit la.. haha !

ideologynas said...

terbaek!!! :))

muhammad izzat said...

mcm biasa.funtastic

Anonymous said...

haha..bes!

the name is ASMA said...

ckp dengan laki tu sng je nk avoid Helena.
tekan OFF Cinta dan hantar ke 18455.
mudah. aku dengar kata kaedah tersebut percuma tapi tu apa yg aku dengar. apa yg sahih aku tak pasti.
apa pun, syok ah entri ni.
mudah nak paham.
otak aku tak terencat mcm selalu.

Farah Zayanah said...

hahaha ! bodoh. tapi macam sweet je endingg diaa. sukaaaa ! :)

Anonymous said...

ending comel.suka (:

aireen said...

haha!!lwk2...best!!happy ending...x merapu mcm slalu...eh eh aku pon nk juga CINTA tu..huhu...

superfaiz said...

peleraian yang romantik. happy ending ;) 5 stars!

tims said...

:) bersemut

azimsuhaili said...
This comment has been removed by the author.
Kenyit Label ; Mukmin said...

gua masih berharap kisah cinta berkesudahan dalam jamban.
realis habis!

tak habis-habis pelok,menang,pergi hotel. pergh! penipu!

Anonymous said...

walaa weyhh.. dah jiwang kew awak.. tgkap leleh sioott.. hohoo.. niew mesti kak timah dah bwat sumting kat awak niew.. sayang timah klu cmniew.. put3.. wink~

faiz said...

haha superb
ending gila sweet
jlan crita mnarik wooo
humour lg
keep up the good work man

Anonymous said...

bombastik bero.
:P

Anonymous said...

maaf. kepala aku berpusing membacanye. namun kau manage membuat aku terbahak-bahak untuk beberapa kali.