Sunday, December 9, 2012

Collapse


Disember, Kuala Lumpur.

Kebanyakan jalan –jalan utama dilimpahi air, membuktikan sistem perparitan yang tak efektif. Sekatan jalan raya semakin berleluasa, bertujuan memberkas para pesalah kriminal, pesalah-laku traffik, pemabuk, penagih dadah atau sesiapa saja yang disyaki pelaku dosa untuk dijadikan sumber pendapatan. Kubikel dipenuhi dokumen-dokumen tentang belanjawan, gaji, kalendar tahun depan, dan sedikit perasaan tergesa untuk menghabiskan sisa tahun yang sudah sedia  musnah, macam tahun sebelumnya. Hari-hari sedikit lengang, dengan pergerakan rutin transportasi awam dan sikap masyarakat kota yang ignoran.

Kuala Lumpur dalam bulan Disember tahun ni macam dalam suatu proses antisipasi, tentang kekeruntuhan ekonomi dunia, bencana, sistem kerajaan yang semakin oppresif, pemberontakan rakyat tertindas dan bermacam lagi kemungkinan pada bencana. Kuala Lumpur pada bulan ini, buat kali pertamanya tak pasti tentang kemungkinan adanya tahun hadapan. Ketakpastian tentang adanya kuasa pembeli dalam pasaran bebas, kemelesetan ekonomi, kehabisan sumber tenaga,  konflik antara negara, kebangkitan politik arah kiri, anarkism, dan apa jua kemungkinan yang semakin sukar untuk ditafsir.

Disember, Kuala Lumpur menunjukkan semakin banyak rumah-rumah miskin kota dekat Pantai Dalam dirobohkan. Ampang, Keramat, Cheras, Pandan Indah dipenuhi patrol polis dan sekatan jalan raya. Bangsar, Bukit Damansara, Hartamas kekal aman sambil penduduknya minum petang di kafe berhampiran dengan hidangan berharga RM 29.90 sepinggan. Jalan TAR, Lembah Klang, Bukit Nenas masih sibuk dengan aliran traffik para rutin pulang kerja. Perhimpunan UMNO dekat PWTC, piket AES dekat Shah Alam, perhimpunan rakyat dekat Dataran Merdeka, markas syiah dekat Gombak, rompakkan bersenjata dekat Subang Jaya, kemalangan maut dekat Puchong, gerakan anti kerajaan dekat Petaling Jaya, Batu, Cheras Baru, Semarak, Jalan Duta, Sungai Midah, Sentul, Brickfield, Kota Damansara, Seri Kembangan, Serdang dan dimana-mana tempat yang rakyat mula ada kesedaran tentang politik.

Parlimen masih lagi kekal dengan hubungan antara politikus dengan multi-corp. Liputan dari media massa tentang so-called “dunia politik” merancakkan lagi realiti tv bertemakan homoseks, pertukaran agama, over-spending, skandal, retorik, antara para politikus yang sudah sedia fucked-up. Di tonton pulak oleh sekumpulan moralis, Melayu tepu, rednek, makcik-makcik kampung, orang kerajaan membuatkan situasi menjadi lebih fucked-up dari biasa. Akibatnya, semakin banyak rakyat dalam negara ini, pada bulan ini, menanggung beban hutang yang melebihi dari pendapatan mereka sendiri. Akibat seterusnya, kebanyakan bank akan mengetatkan syarat pinjaman dan kadar interest akan dinaikkan. Sehinggalah bank kehabisan revenues, rakyat semakin melarat dan kebanyakan perniagaan terhenti oleh kerana kekurangan modal. Ketika itu siapa harapan kita?

Lagi, government revenues akan dilikuidkan dan akan ada cadangan untuk meminjam pada bank dunia. Kejatuhan mata wang, harga makanan melambung tinggi, pembuangan kerja dalam jabatan kerajaan, pemberontakan junta, dan pastinya demonstran bergelimpangan dijalanan dihambat autoriti. Kita akan dihalau dari rumah kediaman sendiri kerana gagal membayar hutang bank, dan semua dari kita akan end-up jadi jobless dan homeless. Berpeleseran di kaki jalan, meningkatkan lagi peratusan kriminal dalam ibu kota.

Keganasan polis, kejatuhan ekonomi, intervensi internasional, nasionalism, air mata dan darah. Tak lupa juga jiwa-jiwa yang bakal terkorban memperjuangkan kepercayaan tentang kebebasan. Tak lupa juga dengan anak-anak yang mati setelah di lahirkan. Juga, Zaharah yang terpaksa melacur untuk menyara anaknya, Ripin yang digantung mati sebab melawan Sultan, Tan yang ditembak polis ketika mencuri makanan kerana lapar, Jidin yang mati kesejukkan dekat bawah polong, Linda , Hamdan, Katheline, Izara Ishah, Muthu, Rosnah, Hashimah, Sa’adon, Murad yang mati bunuh diri dekat KL Tower. Tak lupa juga bayi Syikin yang dimakan anjing di jalanan, Haslinda yang mati akibat sakit jantung sebab tak mampu nk beli ubat, para demonstran yang kepatahan kaki, luka-luka, pedih mata, terkencing, terpelecok dibantai autoriti dan juga kepada sekalian para banduan.


Kerana keruntuhan ini adalah cukup sempurna untuk kamu semua.




(Inspired from GYBE! opening monologue at RFH, London)

Sunday, September 16, 2012

Perbualan Distingtif Dalam Hujan Hanyalah Seperti Bunyi Bisu Dalam Hiruk

#1
Kehidupan sebenarnya adalah biasa, maksud aku biasa-biasa saja. Yang lebih daripada kebiasaan adalah suatu pembohongan. Samada yang itu, ataupun adalah suatu realiti yang berlandaskan bahawa kehidupan itu adalah luar biasa, ekstraordinari. Tidak.

Kerana hakikatnya adalah, kehidupan itu tidak lain hanyalah suatu perjalanan memenuhi ekspatasi dan impian yang kita rasakan adalah sesuatu yang luar biasa. Tidak. Sebenarnya, kebiasaan itu adalah suatu norma tang tidak boleh diterima pakai oleh kebanyakan manusia yang majmuknya. Dan golongan seperti aku yang berpegang dengan maksud kehiduapan itu, ialah biasa dikatakan sebagai anti-realistik. Sehinggakan, kebenaran yang begitu menyakitkan ini mereka gelar suatu dogma kultus yang dimokmokkan dengan kekecewaan aku terhadap dunia. Tidak.


#2
Dunia ini tidak lain hanyalah suatu ruang luas yang tak punya hujung dan harapan. Hanyalah kesepian dan ketidak-tentuan yang merancang untuk menyedut kita ke dalam suatu lohong yang penuh dengan pembohongan. Penipuan, pemalsuan realiti yang dikaburkan dengan epik cerita luar biasa yang di eksgerasikan.

Dunia ini tidaklah luar biasa kalau ada anak-anak dijalanan yang tak punya makanan dan minuman sedangkan kebanyakan diantara kita berlumba-lumba besaing untuk kekuasaan dan kekayaan. Bini yang lawa-lawa, berkopulasi dan melahirkan baka yang sempurna dan kesuburan itu kita hbahkan kepada dunia "kita ini adalah baka yang paling terbaik". Kita ini adalah bangsa premier dalam kosmo ini dan paling baik berbanding bangsa-bangsa yang lainnya. Kita ini adalah bangsa yang ultimatum.

Dunia ini tidaklah luar biasa kalau hakikatnya buruh-buruh kelas tengah hanyalah satu instrumen untuk mengkaya dan mentuhankan pemodal-pemodal dalam pasaran bebas yang tidak terlintas dalam pemikiran mereka tentang erti kebajikan. Kesengsaraan hidup yang melemaskan, dengan bebanan hutang dan tanggungan sosial yang tidak relevan. Apa yang dikatakan luar biasa, kalau apa yang benar adaalah salah dan yang salah itu adalah kebenaran yang dipegang oleh semua orang?


#3
Hidup ini biasa-biasa saja. Tak adalah hip sangat, tak adalah romance sgt, tak adalah sweet sangat macam cerita-cerita dekat Hollywood. Hidup ini lebih macam cerita-cerita timur tengah, yang kalau filemnya itu berjudul macam "CigrĂ³ Negre and the Tale of One-legged Man" dan suasana siang adalah begitu terik dan malamnya adalah kontra. Hidup dekat padang pasir dengan menjerang air menggunakan kayu api di-luar rumah. Makan roti, bijan, kekacang tanah, biasa saja. Tak ada kuzin mewah, shopping mall, dan apa saja yang kehidupan moden sediakan. Hidup dalam cerita itu berlatar belakangkan kehidupan pelarian dan dialognya begitu sejuk, tenang dan sepertinya tak punya harapan.

Bagi aku kehidupan juga adalah seperti itu. Cerita seperti itu adalah menakutkan bagi aku sebab pada penghujungnya adalah ketiada-apa-apaan. Yang ada, kehidupan setelah penghujungnya itu adalah kekosongan.

Hidup ini adalah biasa-biasa saja, tak punya harapan, tak punya ketentuan.

Sunday, June 24, 2012

Erti

Banyak persoalan adalah dalam bentuk definitif, ertinya segala jenis percanggahan adalah berpunca daripada pengertian sesuatu topik atau subjek melalui pandangan individu itu sendiri. Yang berlatar-belakangkan pengetahuan, emosi, ekspektasi, dan faktor persekitaran yang membuatkan penjanaan sesuatu idea itu adalah berbeza antara satu manusia dengan satu manusia yang lainnya.

Ertinya, untuk sesuatu subjek dan topik, pemboleh-ubah untuk ianya ditafsir dan didefinisikan adalah infinitum. Oleh itu, perbuatan memalarkan konsep kebahagian dalam erti kata individu atau kotak pemikiran kita sendiri adalah suatu yang absurd.

Kerana pada hakikatnya kebahagian itu tidaklah bersifat universal, namun lebih kepada tafsiran yang bersifat konsep mengikut acuan dan gaya hidup individu itu sendiri. Variasi ini bukanlah sesuatu yang anih kerana pada asasnya manusia ini diciptakan untuk tidak identikal dari satu sama lain untuk mengelakkan ekstinsi.

Kebahagian itu adalah pada tahap yang tidak tetap, dan ianya sering berubah-ubah mengikut masa dan ketika. Perbuatan mendiskriminasi dan mengelaskan tahap kebahagian adalah suatu pemikiran feudal dan keengganan seseorang menerima pakai dan menilai definisi kebahagian orang lain adalah suatu sikap yang barbarik dan tidak bertamadun.

Sehinggakan bila kita fikir dengan lebih mendalam, moral itu sendiri adalah berbentuk definitif. Erti, moral itu sendiri adalah sesuatu yang dedifinisikan oleh sekumpulan manusia didalam kelompoknya sendiri. Ini adalah jelas dengan wujudnya cara fahaman dan pemikiran seperti rasisme dan feudalisme bilamana manusia itu mengangap dirinya adalah lebih agung dari unit kelas lain oleh kerana definisi.

Semuanya adalah berbalik kepada bagaimana kita mendefinisikan sesuatu perkara. Cinta, moral, sikap, dan ketamadunan adalah sesuatu yang boleh kita ertikan. Perbezaan pengertian ini haruslah kita raikan dan aprisiasi pengertian ini sebenarnya adalah asas kepada keamanan sejagat.

Saturday, January 14, 2012

Persoalan Punca, Jenis dan Hiperbola.

Diana, seorang pakar matematik.
Masalah cinta: Personaliti yang tidak menarik dan dalam dunia urban modenisasi macam sekarang ni, subjek ilmiah bukan la satu topik yang hip untuk dibualkan ketika bersembang. Oleh itu, manusia geek macam Diana memang tak dapat tempat dalam masyarakat. Terutama lelaki macam Raja Farzan yang Diana tergila-gila dan stalk hari-hari dekat Facebook.

Raja Farzan, anak orang kaya dari Wangsa Melawati.
Masalah cinta: Yang kaya bapak dia, bukan dia. Tapi kemewahan yang melimpah ruah macam gunung berapi yang meledak mencipta kepulan awan debu berbentuk cendawan, takkan tak masuk poket si Farzan ni yedak? Setakat awek-awek club yang mulus-mulus memang tak jadi masalah untuk Farzan angkut. Cumanya bila dah makin kaya, makin dekat atas, selera mesti makin tinggi. Sekarang Farzan tengah sibuk terkejar-kejar dekat seorang penyanyi pop yang tak berapa nak popular. cumanya belakangan ni heboh dengan gossip "Sally, pelacur atasan?" dekat akhbar-akhbar tabloid nasional.

Sally, seorang bintang pop yang tak berapa nak popular tetapi bakal meningkat naik dek artikel dalam majalah Kerabu Mangga yang berjudul "Sally, pelacur atasan?"
Masalah cinta: Mungkin Sally dah capai apa dia nak, ada duit nak beli barang-barang berjenama. duduk dekat kondominium mewah yang bukan milik dia. dan attitud nekad dia yang sanggup buat apa saja untuk duit membuatkan dia semakin sukses. namun dalam kesibukan yang dia kejar, yang penuh dilimpahi dengan seks-seks bebas, luar tabiee, BDSM dan sebagainya yang tak sanggup saya nak sertakan didalam rencana ini, cinta lama dia dengan kekasih punk rocker dia bernama Zubir masih segar dalam ingatan. yang kadangkala membuatkan dia rasa menyesal.

Zubir, punk rocker yang kesunyian.
Masalah cinta: Hidup sebagai seorang anak jalanan yang berpegang dengan prinsip dan doktrina yang dia sendiri tak tau asal usul kadang kala boleh jadi memeritkan, nak nak lagi bila tiada siapa yang bersama memperjuangkannya. arak, jeritan, beat laju dari hentakan pantas musik-musik liar yang keras dan bertenaga kadang-kadang boleh jadi melodi epik yang panjang dan menyayat hati. Zubir mungkin sesat dalam perjalanan memperjuangkan sesuatu yang dia sendiri tak tau apa, tapi perjuangan itu ada cumanya untuk apa? Sarah, serorang pelajar jurusan seni dekat Sunway College datang dalam kecamuk prinsip dan realiti yang sedang ganas melanda pemikiran Zubir.

Sarah, seorang kaki crack dan penuntut jurusan seni dekat Sunway College.
Masalah cinta: Subtan, dilarut masuk dalam darah mencipta satu ukiran dan karya bayangan agung yang takkan pernah tercapai oleh akal pemikiran normal. tangannya lembut mengukir dot-dot rambang dalam fiktus imaginasinya yang berfungsi pada dos yang tinggi pada kanvas putih di dalam biliknya. hidupnya selalu ada warna pastel, hidupnya selalu ada bayangan-bayangan seram yang lucu menemani setiap saat hidupnya yang berantakan. mungkin sedikit dos khayalan dapat mengangkat dia dari kerisauan dunia? nak nak lagi bila ayahnya Dato' Sahat sibuk nak menjodohkan dia dengan Jack, seorang pemilik syarikat konsesi tanah yang terkemuka dekat Malaysia.

Jack, seorang pemilik syarikat konsesi tanah yang terkemuka dekat Malaysia .
Masalah cinta: Jack ialah seorang gay. dari gaya penampilannya, cara hidup, pergaulan, semua serba-serbi legkap menunjukkan dia seorang yang songsang. mungking bagasi cerita yang dia bawak, iaitu masa kecilnya dia diliwat di asrama menjadi sebab dia menjadi dia yang sekarang. salahkan dunia, salahkan sesiapa yang boleh disalahnya, hakikatnya hasil dari pada kesalah yang bukan salah kita tetapi orang lain adalah kita. kenikmatan dari prostat yang boleh menjana kenikmatan luar biasa yang dah sedia ada dalam tubuh membuatkan Jack semakin tak jumpa jalan keluar. Yang dia tergila-gilakan sangat sekarang ini ialah, Farzan. Farzan yang masih kecewa dengan cinta tak berbalas dari Sally.

Datuk Sahat, bekas KSU Kementerian Pelajaran.
Masalah Cinta: Fleksibiliti silibus, aduan buli, ppsmi, dan macam mana nak mencipta formula rakyat + sekolah = kerajaan menang? mungkin dah beri impak yang kuat terhadap otak Datuk Sahat. betapa pelajar dan pembalajaran rakyat seharusnya sejajar dengan doktrin kerjaan yang memerintah antara konspirasi yang Datuk Sahat rangka bertahun lamanya bersama-sama dengan dekan-dekan universiti tempatan dan para ilmuan negara "kononnya" dalam menyekat perkembangan otak dan kreativiti rakyat dalam negara. alasannya, untuk elak kacau bilau. kacau bilau yang hanya wujud pada orang yang tak berfikir dan lurus hasil dari ciptaan cerita benar yang didonger dan diamuk-amukkan oleh kerajaan sendiri. Datuk Sahat dah berkahwin dengan Datin Rosnah, perkahwinannya hambar kerana datin Rosnah ni semacam seorang yang berahsia. tapi penceraian bukanlah satu pilihan kerana syarikat yang Datuk Sahat uruskan sekarang ini adalah milik istrinya. tapi itu tak menghalang dirinya daripada menjalinkan hubungan sulit dengan Diana, seorang pakar matematik yang dia jumpa masa Olimpiat Matematik Nasional, anjuran kementeriannya.

Datin Rosnah, suri rumah sepenuh masa dari Kelantan yang mempunyai seribu satu rahsia.
Masalah cinta: Semua orang punya rahsia, yang kadangkala jadi macam satu sumpahan yang terus-menerus menghantui diri kita. rahsia yang macam, " eh kau tau tak dia suka siapa? dia suka aku tau" tu bukan rahsia yang rahsia sgt la kan. rahsia yang macam sebenarnya, kau ada kemaluan bekas suami kau yang kau benci dalam peti ais ke atau rahsia yang macam kau sebenarnya ada hubungan sulit dengan perdana menteri ke baru la dikatakan rahsia yang rahsia. dalam kes Datin Rosnah, kita akui semua orang pernah muda, nak nak lagi dia dari Kelantan (er apa kaitan?). jadi dia sebenarnya mempunyai seorang anak luar nikah yang dia dapat tau kini menetap di KL dan seorang punk rocker yang dah tak ada hala tuju dekat jalanan. dan bapa kepada anak luar nikahnya itu, yang bernama Fauzi, kerap kali menghantar surat ugutan untuk mededahkan rahsia yang tersimpann atas pundak Datin Rosnah selama ini jika dia tidak memberi sejumlah wang pada setiap bulan.

Fauzi, lelaki kelas tengah yang kurang upaya.
Masalah cinta: mungkin dulu hidupnya senang, memeras ugut, menyamun, pau dan segala aktiviti samseng dia operasikan. siapa yang tak kenal Fauzi Tiger anak kepada Man Matahari yang dulu gangster besar dekat area jinjang. segala operasi kongsi gelap bernaung bawah ayah Fauzi ni. Man Matahari dibunuh oleh Epi Orang Kaya Kelantan oleh sebab perebutan kawasan jagaan dan sejarah lagenda ini diceritakan dari zaman ke zaman sebagai "mitos mesti tau" sejarah tertubuhnya majlis kongsi gelap dekat kawasan itu. ceritanya Man Matahari terbelah dua kena kerat dengan pedang orang kaya Epi, tetapi kedua-kedua badan yang dikerat itu bangkit melawan kembali. sebegitu ajain cerita yang diceritakan dan itulah kepercayaan yang dipegang oleh kesemua ahli kongsi Man Matahari. Fauzi membalas dendam dan menggoda Datin Rosnah anak Epi orang Kaya Kelantan atas dasar dendam. kemudian Fauzi membawa diri kerana motifnya telah diketahui oleh kuncu-kuncu Epi dan dia melarikan diri ke Sintok, Kedah dan akhirnya berjumpa Khairiah.

Khairiah. se...er se(penjodoh bilangan) hantu.
Masalah cinta: mungkin detik Khairiah jumpa sekujur tubuh yang dah kehilangan kedua belah kakinya dekat tepi jalan, Sintok, Kedah adalah detik paling signifikan dalam hidupnya. dia jumpa sekujur tubuh itu dan dia bawa balik rumah, rawat dan bela dengan penuh kasih sayang. sedikit pertanyaan tentang kenapa, atau bagasi cerita tentang Fauzi, aka badan yang dia jumpai itu tidak dipersoalkan. maklumlah, semua orangkan lihat orang kampung sebagai seorang yang suci, murni, berbudi bahasa. kalau nak buat menantu, cari la gadis-gadis kampung, sopan santun tak melawan suami katanya. sama macam cerita Ombak Rindu, mintak kawin tapi tak nak mintak hak? pff bullshit. ok berbalik kepada Khairiah, Khairiah punya adik kembar yang seiras dengan wajahnya yang bernama Sally. orang kampungkan, mana tengok tivi, terus dalam seumur hidupnya mencari kembarnya itu di merata tempat atau dalam kata lain sekitar Sintok itu sendiri. dan dia akhirnya terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya dekat kilometer 11, berhampiran dengan pekan Sintok kerana dilanggar lori babi ketika mencari Sally pada waktu senja.

Dan situasi selepas semua ini akan menjadi semakin kompleks. kesemuanya terpecah kepada nikmat dan malapetaka. terpulang kepada pembaca untuk mengklasifikasikannya sebagai apa.

Diana dan Datuk Sahat dicekup oleh JAIS ketika sedang asyik bersenggama di hotel bajet berhampiran pekan Kuchai Lama. Dalam serbuan Datuk Sahat cuba melarikan diri melalui tingkap hotel lalu gagal. Diana telah dibuang sekolah dan Datuk Sahat terpaksa menikahinya dan beberapa jam selepas itu menfailkan perceraian terhadapnya juga. atas alasan bisnes perhubungan Datuk Sahat dan Datin Rosmah tak sanggup digadaikan. Mungkin kerana Datuk Sahat memang dah dilatih dari dulu dalam jabatan kerajaan untuk mementingkan periuk nasi sendiri. Diana hasil silibus pembelajaran yang dicipta Datuk Sahat terus diam terkaku tak melawan kerana dah dimomok-momok oleh Datuk Sahat akan bahana jika melawan kerajaan. er maksuk saya melawan Datuk Sahat.

Sikap yang berahsia Datin Rosmah ada limitasinya, orang yang selalu diam jangan disangka tak mampu meledak dan mengakibatka kerosakan yang serius atas muka bumi ini. berita dua hari lepas, dekat Sintok, seorang lelaki kurang upaya telah dibunuh dengan kejam menggunakan pistol revolver dan ditembak dalam jarak dekat tepat dikepalanya. motif kejadian masih dalam siasatan. angkara siapa?

Prinsip dan doktrin apabila bergabung dengan efek nikotina akan menghasilkan mutanisasi pemikiran yang sukar kita jangka dan analisa corak perkembangannya. Zubir dan Sarah ditemui mati di sebuah bilik hotel dekat ibu negara malam semalam dan punca kematian adalah overdos. bersama mereka tertera lirik lagu yang berunsur patriotisma dan lukisan-lukisan abstrak yang tak punya maksud. Raja Farzan putus asa mengejar cinta tak pastinya dengan Sally dan Jack muncul dalam rangka hidupnya. mereka berdua telah berkahwin di Canada dan meneruskan kehidupan utopia dan bertamadun disana bebas dari ancaman homofobik yang kuat agama. impian mereka tercapai.

sally, telah bertaubat apabila mendapat tahu berita kematian kembarnya bernama Khairiah tersebar luar di sesawang internet dan para blogger-blogger bertauliah mencemuh hebat Sally dengan kata-kata kesat macam "Sally Suei". "Sally Pepek", dan sebagainya. kematian zubir juga meninggalkan kesan yang kuat buat Sally. Sally berasa kesunyian dan putus harap. akhirnya dia mengambil nyawanya sendiri dengan menelan sebotol ubat anti-depresi. Sally tidak sempat di-nyahtoksinifikasikan lalu meninggal dunia di hospital.

Dan begitulah,

kesudahan untuk banyak cerita adalah timbul dalam bentuk persoalan. Isunya mungkin boleh jadi punca, permasalahan jenis atau perbandingan yang melampau.

Yang ada untuk kita tafsir dan telaah adalah prinsip, dan sebagai mana prinsip itu diolah adalah bergantung kepada metodologi seseorang mencerna apa yang dia lihat, baca dan fikir yang kemudiannya disentesiskan dalam betuk kesimpulan.

dengan berakhirnya sesuatu cerita yang kita tak tahu dari mana ianya mula terbit, dengan berakhirnya cerita dari mana yang kita tahu ianya pernah wujud, ianya akan jadi satu lagi siri cerita-cerita yang bakal dilupakan tak lama lagi.

dan ianya akan terus berulang
dan berulang sampai habis usia dunia.





14 Febuari 2012, Pantai Remis,

Rencana ditulis oleh,
Zul Khuzairi Karman, Kolumnis Majalah Paradoks.

Thursday, July 29, 2010

Origami,

dan rahsia antara kau dan aku tersimpan disitu,
dalam lipatan-lipatan kertas kecil berbentuk itik
di tengah tasik,

yang perlahan-lahan terlerai dan terhampar
menjadi satu kertas kosong,

sebelum karam.

Friday, April 23, 2010

Fenomenal

tepat jam 3 pagi telefon aku berbunyi. babak mimpi aku sedang makan airkrim bluberi dgn perempuan bernama..(demit! aku lupa tanya nama lagi) dekat tepi tasik terus tergendala. meninggalkan otak aku bingit pasca tidur semacam distorsi televisen tak berfrekuensi.

Helena nama yg muncul dekat kotak masuk panggilan aku.

ah celaka perempuan ni. kalau la dia call aku mlm2 mcm ni setakat nk ckp yg Mimi ada kemungkinan mengandung anak Bulldog jiran sebelah atau nk komplen pasal komen pedas Nigel dekat balak2 tak berpenis SYTYCD td mmg aku bunuh dia!

lalu, aku angkat fon dan buat suara menguap. dia mula jerit2. aku tanya kenapa ni? dia jerit lagi. aku ckp lepak lepak. kenapa ni? dia terus jerit lagi dan lagi. aku diamkn je. aku dengar je apa dia nk bebel seterusnya.

you kne datang rumah i sekarang jugak! erk apa? aku ckp. ah tak kira, i nk u dtg sekarang jgak kalau tak i amik kucing nama Mimi yg u hadiahkan dekat i masa krismas tahun lepas, i gunting ekor dia. eh jgn la mcm tu. jgn la. aku ckp. u kne dtggggg jgak! kalau tak i pergi rumah jiran sebelah hantar Mimi dekat anjing Bulldog biar dia kna.. tuuut talian terputus.

aku sengaja putuskan sbb aku tau lagi aku layan, lagi byk ugutan pembunuhan dan penyiksaan eksotik yg akan dia lakukan dekat Mimi, kucing yg aku hadiahkan dekat dia masa krismas tahun lpas. dah mmg selalu mcm tu. sial kn?

nak taknak, aku sarung jeans lusuh aku dgn satu baju pagoda. terus amik kunci kereta dan turun dgn perasaan paling malas menuju ke parkir kereta. aku bukak pintu start kereta dan tiun kan radio dgn lagu Nothing Everlast oleh Gerhana Ska Cinta. "skali- skale" buat aku rasa terbang dgn beat kalipso dan root ska mcm The Skatalites.

ah shit! indikator dekat meter kereta mula menunjukkan minyak dah sampai takat kritikal. tp, pg mati. org ckp kalau bercinta, cinta itulah akan jd satu lapisan pelindung bila kita menyeberangi lautan bara. org ckp lagi, cinta itu semacam kuda pegasus yg akan menjadi penyelamat buat kita bila sekalian raksasa mitos berdemonstran untuk menghapuskan etnik manusia.

tapi, tu semua org yg cakap. nk tau aku ckp apa? pundek lu org la! korg bawak cinta korg tu pergi stesen minyak, tgk berapa liter minyak korg bole tapau? takpun korg pg kentaki, lpas tu korg oder satu popkon chicken large, dgn cheexy wejes beserta pepsi sebotol. lepas tu bila mamat kaunter tu mintak diperjelaskan bayaran meal korg tu korg ckp, "nah cik, saya bayar dgn CINTA. sbb cinta saya terlalu beharga dan seluas infinitnya semesta!". nescaya wa ckp lu, kalau tak kna tapak muka lu mesti lu dijadikan alat rogol Hamsyi. seorang pekerja Bangladesh dekat kentaki Maluri. either.

tapi tak kisah la tu, sbb aku mmg tgh otw nk pg apartmen dia dekat Cheras.
cumanya, org ckp la kn, kalau dah tak ikhlas tu mmg macam2 bnda jadi. kereta aku kemudiannya kehabisan bahan bakar lalu berdeselerasi dan berhenti di bahu jalan. tp tu org ckp, aku ckp lak, ni semua salah Helena pundek seorang awek cerewet yg aku kenal melalui ON CINTA ke 32880 dekat tv3 masa aku tgh tgk latenite movie. ah. setan ini Helena.

aku dah mula mencarut, merusuh dan merancang untuk membunuhnya menggunakan ubat nyamuk bila aku sampai ke apartmentnya nnt. tiba2 dalam berontak anarkis jiwa aku, ada seorang mamat entah dari mana atau alam mana dtg menegur aku.

aku dah panik. dia tanya aku, dude, lu apa problem? aku dah pelik. hantu ke jin pandai panggil org dude? mmg cool. erk. takde minyak la bro. tu injen ada sangkut skit. aku ckp. la asal tak ckp? ok kjap aku tolong kau. dia ckp. lalu dia membuat beberapa simbol tangan dan membaca mantra sakti. kemudian dia hembus kuat2 ke arah kereta aku.

sudah. katanya. apa yg sudah? aku kata. sudah la. katanya lagi. apa yg SUDAHNYA? aku kata. lu punya kereta sudah boleh gerak. gua dah isi full tank. dia kata. eh kau boleh bla la. kau igt aku bodoh ke apa? aku kata.

tiba2 kereta aku hidup sendiri. aku pandang dia, dan dia buat muka hensem. ah menyampah aku pandang. dan aku terus masuk ke dalam kereta dan tgk indikator minyak aku tertulis infinit. gua ada bekalan minyak yg infinit? gila kentang. aku pandang dia, dia pandang aku. lalu aku tanya dekat dia,

dude, lu nama apa? manusia ke spesis2 paranormal? aku bukan manusia, dia kata. abis tu lu apa? aku kata. akulah CINTA. dia kata. oh. kau CINTA mmg saviour la. aku kata. dia hanya senyum lalu terkondensasi merintik menjadi embun malam. aku terus pecut dgn kelajuan supersonik sampai ke apartmen Helena. aku ketuk pintu perlahan dan masuk dgn tenang.

aku tgk tak ada apa pun jadi. Helena masih Helena dan Mimi elok tidur bergulung di atas lantai bersama patung katak yg terjatuh di atas lantai. tak ada katostrofik magnetis yg meragut elektrisiti dunia atau rice cooker yg merusuh mahu menjadi seorang dokter bertauliah. tak ada pun.

yang ada ialah Helena, yang masih beromel tak henti2 tentang kemungkinan Mimi menjalinkan hubungan sulit dgn Bulldog jiran sebelah rumah dan betapa menyampahnyya dia dgn Nigel SYTYCD (kan aku dah ckp, bukan ada apa penting pun). tapi aku hanya senyum sambil peluk dia erat2 atas sofa menghadap matahari kuala lumpur yg bakal terbit. tak kisah la apa pun. aku cuma mahu saat itu hanya ada aku dgn dia. (ish.yela2 dgn Mimi sekali).


cuma aku dgn dia (juga Mimi). dan aku harap hari esok, adalah lebih bahagia.

Wednesday, April 7, 2010

Enigma

hari ini mendung dan masa macam dalam satu moda perlahan yang sgt menyakitkan.

aku dengar sayup dari dapur bunyi orang ketuk pintu. aku pergi, capai tombol dan lihat satu jasad pegun penuh melankoli memandang ke arah aku. tepat.

aku buka gril dan dia terus masuk tanpa aku suruh atau pelawa. masuk dengan penuh premonisi mengatakan ada sesuatu yg tak kena. dia lantas baring atas sofa sambil meletakan tgn di dahi dgn penuh rasa fragil dan ketakutan.

aku tanya dia mau minum apa? dia diam. aku tanya lagi, Mail, kau nk minum apa? dia masih diam kaku memandang kipas berpusing perlahan. ya hari tu mmg masa bergerak perlahan. sangat.

aku langsung bancuh dua cawan kopi dan letakan di atas meja. dan kedua-dua kami masih bisu dan yang hanya kedengaran ialah desibel sunyi dari kipas mekanikal di siling dan sinetron indonesia di televisen yang terpasang dari tadi.

"i'm pregnant". Mail menerobos atmosfir sunyi yg tercipta.

aku masih diam. menghirup kopi hangat dengan penuh kasual dan tertib. ambiance masih sunyi. masih perlahan. sangat.

lalu dia datang ke arah aku dan terus mengucupku lembut. Mail kucup aku dgn penuh rasa cinta dan rasa itu masih tetap sama dari dulu sampai sekarang. cumanya yg berubah anatominya. yang berubah sistem hormonialnya. bukan rasanya.

dia kini bukan lagi lelaki bernama Mail yg aku kenal 2 tahun dulu. yg aku habiskan masa bersembang, berpeluk, bercumbu, dan sudah tentu bersetubuh dgnnya. dia bukan lagi khunsa laki2 yg aku suka dulu. bukan. sekarang ini dia adalah seorang manusia konfius yg sedang bertransit menjadi seorang perempuan yg permenen. irriversible.

dan aku cukup terluka dgn itu. lantas dia terus mengesat air mata gadisnya dan melangkah pergi. aku perhatikan dengan hujung mata susuk badannya yg sudah berbuah dada.

aku masih diam atas sofa sambil menghirup kopi hangat. satu cawan lagi masih belum terusik di atas meja. entah kenapa ianya masih kekal hangat.

mungkin sbb hari ini masa bergerak perlahan. perlahan sgt. seolah-olah memberi peluang aku mengejarnya.